Tuesday 18 December 2012

Alhamdulillah........

Setinggi - tinggi kesyukuran kahadrat Ilahi kerana saya diberi peluang sekali lagi untuk mengajar Sains Pertanian pada tahun 2013. Saya masih ingat lagi semasa kali pertama menggalas tugas sebagai guru sains pertanian yang menggantikan kekosongan selama 2 tahun panitia ini. Ketika itu, saya bermula dengan kosong. Fail panitia, pbs, dan rujukan semuanya tiada.Paling menyedihkan pada tahun lepas sains pertanian mencatatkan penurunan yang paling ketara berbanding subjek lain.

Kali ini saya berazam untuk melakukan yang terbaik. InsyaAllah semua pelajar saya akan lulus dan 2 orang akan mendapat A nanti. InsyaAllah.

Tuesday 30 October 2012

PESANAN BUAT PELAJAR SEKALIAN. RENUNGKANLAH


Berubahlah wahai pelajar-pelajar sekalian. Kalau dulu malas belajar dan membaca, ubahlah sekarang. Jadilah pelajar yang rajin belajar dan membaca. Anda sendiri tentukan halatuju anda. Masa masih ada.

"MARI KITA BERUBAH DEMI MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK"

Monday 29 October 2012

Ramalan SPM Sains Pertanian

Ramalan ini bersumberkan daripada Guru Cemerlang Sains Pertanian Negeri Selangor

KERTAS 2(SOALAN 1)
 1.    Terangkan  isu  dan Trend pertanian di Malaysia
 2.        Terangkan cara untuk mendapatkan cahaya yang optimum. 
3.         Terangkan kegunaan pengawalatur pertumbuhan pada tanaman nurseri.
4.     Sediakan Jadual kerja mingguan bagi bidang usaha tanaman. 
5.     Terangkan cara mengatasi masalah himpitan iklim terhadap ternakan.
6.         Terangkan cara mengawal dan mencegah penyakit ternakan
7.     Terangkan cara merawat penyakit ternakan

KERTAS 2(SOALAN 2)
1.       Terangkan kebaikan kaedah biologi berbanding kaedah kimia untuk mengawal perosak tanaman 
2.       Terangkan perbezaan  pembiakan tut  dan cantuman  bagi tanaman 
3.       Terangkan kebaikan  pembiakan kaedah  permanian beradas berbanding kaedah semulajadi 
4.       Menganalisis data mencari bidang yang paling untung atau PSRL yang paling tinggi.
5.    Keputusan terhadap sesuatu bidang usaha

"KEJAYAAN HANYALAH BAGI MEREKA YANG BERUSAHA"

Tuesday 2 October 2012

Kem Sains Pertanian SPM 2012

Pada 22 September lepas telah diadakan bengkel untuk semua pelajar sains pertanian di daerah Kinta Utara. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang berlangsungnya program.

 Gembira semua bila naik bas. Almaklumlah jarang-jarang dapat naik.

 Sekolah kami rombongan pertama yang sampai di SMK Dato Haji Muhd Taib

 Suasana Bengkal Sains Pertanian dari Pandangan Depan

Suasana Bengkal dari Pandangan Belakang

Khusyuknye betul mendengar ceramahye? Pastikan dapat "A"

 Pembentang Kertas 1

 Pembentang Kertas 2: Haji Alias

Pelajar-pelajar harapan sekolah. Semoga Berjaya InsyaAllah.

Sunday 2 September 2012

Perancangan Adalah Penting!!!!!

SPM sudah dekat. Kalau nak tanam padi pun nak kena wat perancangan, belajar nak jawab exam pun same la. Sudahkah anda membuat perancangan anda? Fikir-fikirkanlah.

 

Tuesday 28 August 2012

Pembiakan Pokok Kaedah Tut

Pada hari ini, (30 Ogos 2012) kami telah menjalankan amali pembiakan tut atau markot. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya tangkap sepanjang amali yang telah dijalankan.

Fatihah membersihkan bahagian pokok yang terlibat menggunakan skateur

Hariharan membuang bahagian kulit yang akan di "Tut" kan menggunakan pisau

Ashvenia membantu Fatihah membungkus bahagian tut menggunakan tanah dan plastik

Kumpulan Nabil yang telah berjaya menyiapkan amali Tut.
 
Saya juga ada memasukkan videi untuk membuat amali tut dari Thailand. Semoga video ini dapat membantu anda semua untuk Amali Kaedah Tut/Markot
Semoga berjaya



Wednesday 25 July 2012

KISAH KEJAYAAN PELAJAR PERTANIAN

Assalamualaikum. Masih ingat tak kalian semua tentang seorang saudara cikgu yang jadi Manager Ladang Strawberi kat Cameron Highland?
Inilah dia Tuan Manager Ladang Strawberi.(Berbaju Hijau)

Pelajar-pelajar sekalian. untuk posting kali ini cikgu ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi sedikit tentang kerjaya seorang saudara cikgu yang menjadi Manager di ladang strawberi.

Namanya Iwan. Setelah tamat SPM, beliau menyambungkan pelajarannya di institut Pertanian Jabatan Pertanian Malaysia di Kuala Lipis. Walaupun di peringkat sijil je, korang semua jangan pandang rendah. Beliau memaklumkan kepada cikgu maklumat seperti berikut:-
1. Belajar di institut pertanian 2 tahun jer!!!!!!
2. Sebaik sahaja tamat belajar terus diambil kerja.(Banyak ladang sekarang perlukan manager tempatan untuk kawal pekerja-pekerja asing yang menjadi buruh di ladang)
3. Gaji: RM1700, diberi rumah dan 2 buah kereta(jeep dan proton arena termasuk minyak)
4. Kalau kire balik pendapatannya boleh mencecah RM2500 sebab rumah, kereta dan minyak dah dicover oleh pemilik ladang.(Jadi cikgu susah-susah pun dapat RM2500 jugak tapi nak kena bayar kete, bini, dan macam-macam lagi.....)

Apalagi pelajar-pelajar sekalian, jangan ingat belajar sains pertanian ni lekeh je. Ambillah peluang ini. Bukalah pemikiran, luaskan pemandangan. Kalau berusaha, insyaAllah ada kejayaan.

 Haha.... Korang jangan jeles yer. Ladang ni Pakcik Cikgu yang punyer. Hehehe....

KLIK DI SINI UNTUK MENGETAHUI MAKLUMAT TENTANG
LALUAN KERJAYA MELALUI INSTITUT PERTANIAN MALAYSIA

Friday 22 June 2012

PROSPEK KERJA SAINS PERTANIAN MELALUI KOLEJ MARDI

Disini saya lampirkan laluan kerjaya bagi mereka yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam sains pertanian selepas SPM.

START WITH THE END IN MIND

Thursday 21 June 2012

CONTOH BAJA YANG ADA DI PASARAN

Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini. Terdapat satu input yang sangat berguna berkenaan contoh baja tanaman dan medium yang sesuai untuk penanaman pokok. Antara contoh baja ialah:

Baja NPK Green. Cuba lihat berapa gred baja ini?

Baja NPK Blue dengan Greed 12:12:17

Baja Organik yang diperbuat dari tahi ayam. Sangat sesuai untuk menyuburkan semua jenis tanaman.


Saturday 16 June 2012

PROGRAM LADAP 4 SMK BUNTONG: LAWATAN KE MARDI CAMERON HIGHLAND

Pada 16 Jun 2012 baru-baru ini, SMK Buntong telah mengadakan lawatan ke MARDI Cameron Highland. Banyak input yang kami peroleh terutamanya berkaitan dengan pertanian. Berikut gambar-gambar yang sempat saya ambil ketika lawatan yang telah dijalankan.

 Jejaka Hensem. Mana satu pilihan anda? Hehehe

Singgah Sebentar di Kedai Strawbery

Bersarapan di  Pekan Tanah Rata

Tiba di Mardi Tanah Rata. 

Berada di kawasan Tanaman hiasan berpasu MARDI

Posing yang best!!!

Melihat penanaman strawbery oleh Mardi

Banyak input yang dapat kami terima sepanjang lawatan di sana. InsyaAllah saya akan memasukkan satu lagi posting yang khusus untuk sains pertanian ssewaktu saya berada di sana. Nantikan.......



Saturday 24 March 2012

Kuartet 4X100M terhebat SMK Buntong Pernah Ada


SMK Buntong mempunyai gabungan pelari yang paling hebat pada tahun 2011. Saya jangkakan pingat emas untuk tahun ini. Namun apakan daya kerana didakwa keluar dari passing zone. Saya lihat pada video ni takde pun kesilapan. Semua penjaga garisan angkat bendera putih. Takpe la. Cuba lagi tahun depan.

Antara pelarinya:
1. Arvinthevar
2. Devendran
3. Richard Nathan
4. Edwin Prashath

Friday 23 March 2012

Tahniah buat peserta 4x100m L18

Setelah 5 tahun akhirnya usaha kita semua berhasil apabila mendapat tempat kedua dalam acara 4X100M L18 tahun. Setinggi peghargaan buat En. Tharmaraja serta pelari sekolah yang saya nyatakan dibawah.
  1. Devenrdran A/L Rajagopal (5 Ihklas)
  2. Edwin Prashath A/L Sekar (5 Bestari)
  3. Richard Nathan A/L Aloysius Andrew(5 Murni)
  4. Kesava Raaj(5 Pintar)
Semoga kecemerlangan ini diteruskan tahun depan.


Friday 2 March 2012

Kem Sains Pertanian 2011

Tahun lepas telah dijalankan kem sains pertanian di SMK Pengkalan. Program ini membantu memberikan kefahaman kepada para pelajar dalam menghadapi SPM. Saya sentiasa mendoakan kejayaan pelajar saya. Telah saya masukkan sedikit gambar untuk tatapan para pelajar. Sekian

 Ucapan aluan oleh Encik Bakri

 Para pelajar Sains Pertanian yang hadir

 Macam kenal je sape ni. Boleh berkenalan? Hehe

 Penternakan ayam oleh SMK Pengkalan

Nak buat penanaman kena ada jadual serta pengurusan yang baik

Laman Rock Melon SMK Pengkalan

 Tangki air untuk pengairan titisan

 Papan tanda bergambar sains pertanian

Kata penceramah: Wahai pelajar sekalian, tiada yang lebih senang dari menjawab soalan sains pertanian. Macam ABC je.

Tuesday 28 February 2012

Soalan ulangkaji

Assalamualaikum. Saya telah menguploadkan soalan percubaan beberapa buah negeri dan beberapa soalan pengiraan untuk tingkatan 4. Harap dapat membantu para pelajar sekalian untuk meningkatkan kefahaman dalam sains Pertanian.

"Kejayaan hanyalah untuk mereka yang berusaha"

Friday 17 February 2012

Tahniah dan takziah buat anda

Assalamualaikum. Saya di sini ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat para pelajar yang dengan beraninya mengambil kursus Sains Pertanian ini. Kenapa tahniah? Ini kerana tidak banyak sekolah yang mengambil kursus sains pertanian di Perak ini. Maknanya persaingan untuk aliran ini tidak banyak. Maka gunakanlah peluang ini dengan sebaik-baiknya.

Namun saya juga ingin mengucapkan takziah buat anda. Kerana aliran ini penuh dengan cabaran. Cara pemikiran kita adalah berbeza dengan aliran lain. Mungkin kalau anda tidak serius dalam aliran ini, anda akan terkandas.

Walau bagaimanapun. saya akan sentiasa cuba membantu anda. Kuncinya adalah jangan malu bertanya. Beranikan diri anda. Kejayaan adalah bagi mereka yang berusaha. Semoga Berjaya.

En Najib