Tuesday 28 February 2012

Soalan ulangkaji

Assalamualaikum. Saya telah menguploadkan soalan percubaan beberapa buah negeri dan beberapa soalan pengiraan untuk tingkatan 4. Harap dapat membantu para pelajar sekalian untuk meningkatkan kefahaman dalam sains Pertanian.

"Kejayaan hanyalah untuk mereka yang berusaha"

Friday 17 February 2012

Tahniah dan takziah buat anda

Assalamualaikum. Saya di sini ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat para pelajar yang dengan beraninya mengambil kursus Sains Pertanian ini. Kenapa tahniah? Ini kerana tidak banyak sekolah yang mengambil kursus sains pertanian di Perak ini. Maknanya persaingan untuk aliran ini tidak banyak. Maka gunakanlah peluang ini dengan sebaik-baiknya.

Namun saya juga ingin mengucapkan takziah buat anda. Kerana aliran ini penuh dengan cabaran. Cara pemikiran kita adalah berbeza dengan aliran lain. Mungkin kalau anda tidak serius dalam aliran ini, anda akan terkandas.

Walau bagaimanapun. saya akan sentiasa cuba membantu anda. Kuncinya adalah jangan malu bertanya. Beranikan diri anda. Kejayaan adalah bagi mereka yang berusaha. Semoga Berjaya.

En Najib