Wednesday 12 August 2015

PROGRAM KECEMERLANGAN SAINS PERTANIAN KINTA UTARA 2015

Pada tanggal 13 Ogos 2015 telah berlangsung bengkel kecemerlangan Sains Pertanian 2015 bertempat di SMK Pengkalan, Ipoh. Pelbagai input berguna telah disampaikan kepada para pelajar. Antaranya:
1. Kerjaya dalam bidang pertanian
2. Teknik menjawab kertas 1 disampaikan oleh Cikgu Taufiq
3. Teknik menjawab kertas 2 disampaikan oleh Cikgu Abdullah Bakri.

Dibawah adalah gambar sepanjang program yang telah saya ambik.

Pelajar penuh semangat.

Ni la rupa budak melayu buntong. Seronok boleh datang sekolah ramai Melayu. Hehehe

Pendedahan kerjaya pertanian oleh pegawai FAMA


Hello macha!!!

Tutup mulut takde gigi ke?

Miss Buntong 2015!!!

Teknik menjawab kertas 1 oleh Cikgu Taufiq


Setakat ini sahaja perkongsian daripada saya. Semoga pelajar-pelajar sekalian mendapat manfaat dari program ini dan memperoleh kecemerlangan dalam subjek Sains Pertanian. InsyaAllah.

ISTIQAMAH MENUJU KECEMERLANGAN!!!!!


Friday 5 June 2015

SILAJ: PEMAHAMAN MENDALAM

Assalamualaikum buat semua ahli keluarga Sains Pertanian Malaysia. Kali ini saya ingin berkongsi berkenaan Silaj. Seperti kita semua maklum, Silaj adalah makanan ternakan ruminan yang terdiri daripada bahan foraj yang berkelembapan tinggi diantara 35% hingga 75% kandungan air yang diperolehi melalui proses penapaian dan disimpan dalam keadaan kedap udara (anaerobik).


Para penternak digalakkan membentuk satu perancangan terhadap bekalan dan pengeluaran pastura dan foder berdasarkan keluasan yang ada. Kebanyakan penternak kecil mempunyai keluasan tanah yang terhad untuk membekalkan bahan hijauan secukupnya sepanjang tahun.

Program penyimpanan foraj ini giat diperkenalkan terutamanya secara silaj kerana menyedari penternak-penternak masa kini menghadapi masalah untuk menyediakan rumput yang bermutu dan mencukupi sepanjang tahun. Kekurangan bekalan rumput segar begitu ketara semasa musim kemarau dan musim banjir. Di kawasan yang dilanda banjir berpanjangan, rumput akan mati dan perlu ditanam semula yang tentunya akan mengambil masa yang lama. Masalah ini lebih mendesak bagi kawasan-kawasan yang mengalami kedua-dua musim kemarau dan juga banjir.

Program penyimpanan foraj dalam bentuk silaj sangat digalakkan bagi tujuan berikut:

1. Satu cara menyimpan foraj semasa pengeluaran yang berlebihan dengan itu boleh digunakan semasa terdapat kekurangan bekalan.
2. Penggunaan tanah yang lebih efisien.
3. Mengurangkan ragutan dan pemotongan semasa musim kemarau.
4. Membolehkan pemotongan foraj dilakukan semasa had umur yang ditetapkan.

Silaj sebagai salah satu sumber bekalan makanan ternakan berkualiti untuk ruminan mempunyai kelebihan berbanding dengan rumput segar dan hay kerana silaj dapat dikeluarkan sepanjang masa, proses pengeluarannya tidak bergantung kepada keadaan cuaca dan dapat dihasilkan daripada berbagai jenis bahan rufaj seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan lain –lain bahan. Silo (bekas simpanan silaj) terdiri daripada berbagai bentuk seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain-lain. Faktor yang penting ialah bekas yang digunakan seharusnya praktikal daripada segi pengendalian dan mesti dalam keadaan kedap udara.
 
Bentuk silo yang digunakan untuk pembikinan silaj


 Prinsip dan keperluan asas membuat silaj

Prinsip utama dalam membuat silaj ialah mempastikan keadaan yang kedap udara dan kandungan karbohidrat larut air yang mencukupi. Keadaan kedap udara diperolehi dengan memadatkan bahan tanaman dengan segera bagi mengelakkan berlakunya proses pereputan bahan hijau dan separa hijau yang memerlukan udara.


Foder yang mempunyai bahan kering lebih daripada 35% akan menyebabkan keadaan silaj menjadi kurang mampat dan ini akan menggalakkan pertumbuhan kulat. Bagi foder yang terlalu lembap (kurang 25% bahan kering) pula akan menghasilkan silaj yang masam, disamping kehilangan air dan nutrien yang banyak. Keperluan air ialah 65-75% (25-35% bahan kering). Masa yang sesuai untuk mendapatkan kandungan air pada peratus tertentu bergantung kepada jenis tanaman. Foraj jagung perlu dipotong semasa berumur 75 hari manakala rumput gajah pula hendaklah dipotong pada umur tidak melebihi 40 hari.


Kaedah membuat silaj

Foder untuk silaj hendaklah dipotong pendek diantara 3-15 cm supaya mudah dipadatkan. Foder di dalam silo hendaklah dipadatkan dengan secepat mungkin dalam masa dua hari selepas dipotong bagi menghindarkan udara daripada terperangkap. Keadaan ini akan mengurangkan pernafasan sel dan aktiviti enzim. Foder yang telah dipadatkan hendaklah diperam selama sebulan bagi menghasilkan silaj yang baik. Silaj yang baik boleh disimpan bertahun-tahun lamanya jika tidak diganggu.


Bahan silaj yang mengandungi kurang karbohidrat perlu ditambah dengan asid bukan organan (sulfurik, hidroklorik, fosforik) atau boleh juga diguna asid organan (formik, propionik), tetapi bahan-bahan tersebut mahal adalah mahal. Untuk mengurangkan kos pengeluaran silaj, ianya boleh dicampur dengan jenis-jenis karbohidrat yang boleh didapati dengan lebih murah seperti gula merah dan bijirin.



Semasa proses pemeraman perubahan bahan kepada produk tertentu dalam silaj akan berlaku. Secara am, karbohidrat dalam bahan hijau/segar yang diperam ditukarkan menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria anaerobik dengan bantuan haba yang dihasilkan oleh sel tanaman yang masih hidup. Asid-asid yang dikeluarkan, terutamanya asid laktik akan merendahkan pH dan ini menyebabkan proses biokimia yang terjadi pada bahan silaj terhenti. Dengan itu, bahan yang diperam akan dapat disimpan dengan baik dan kualiti pemakanannya dapat dikekalkan.


Kenapa silaj diperlukan

Kefahaman mengenai asas keperluan ternakan ruminan terhadap unsur asid lemak beruap (volatile fatty acid) mendorong pengusaha kepada menjalankan aktiviti pembuatan silaj. Tenaga yang diperlukan oleh ternakan ruminan diperolehi dalam bentuk asid lemak berwap daripada jenis asid asetik dan propionik dan bukan glukos seperti ternakan monogastrik. Asid lemak berwap ini digunakan oleh ruminan untuk tumbesaran, penghasilan susu dan lain-lain fungsi metabolik.




Pemeraman silaj

Silaj boleh diperam di dalam silo atau tanpa silo. Silo merupakan struktur kedap udara atau separa kedap udara yang digunakan untuk memeram silaj.


Faktor utama kerosakan silaj adalah disebabkan kehadiran udara di dalam silo. Udara menyebabkan bahan silaj rosak akibat tindakan bakteria aerobik. Bila kerosakan berlaku, silaj tersebut tidak boleh lagi digunakan sebagai makanan ternakan kerana tercemar oleh kulat, aromanya tidak enak dan mendatangkan mudarat kepada ternakan.


Kualiti silaj dapat diukur berdasarkan kepada beberapa parameter. Silaj dianggap rosak bila warna menjadi kehitaman serta berbau tengik. Nilai pH yang rendah menunjukkan tahap fermentasi asid laktid dalam silaj yang baik. Nilai pH antara 3.8 hingga 4.2 adalah silaj yang berkualiti baik manakala pH melebihi 4.5 dianggap kualiti yang kurang baik. Nilai pH melebihi 5 adalah dianggapa rosak।

Rupa silaj yang ROSAK


silaj yang BAIK


Sehingga kini teknik-teknik penghasilan silaj dengan menggunakan tower, stack dan bunker silo tidak menunjukkan kejayaan yang membanggakan dalam situasi di negara ini. Jenis-jenis silo tersebut menghasilkan peratusan silaj rosak yang tinggi. Masalah utama yang dihadapi ialah cara pemampatan serta sistem penutupan silo yang tidak sempurna yang menyebabkan keadaan erobik. Disamping itu jenis silo yang digunakan kini tidak boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.


Bagi mengelakkan udara terperangkap di dalam silo, bahan silaj mesti dipadatkan semasa mengisi ke dalam silo. Bila bahan diisi dengan padat, udara terperangkap berkurangan. Semakin kurang udara terperangkap, semakin baik kualiti silaj yang dihasilkan. Dua jenis silo yang lebih praktik digunakan adalah seperti berikut:-





 Tong plastik

Penggunaan tong plastik sebgai silo mula diterima oleh penternak kerana mudah dikendalikan. Tong plastik adalah yang paling sesuai digunakan berdasarkan saiz dan beratnya yang mudah dikendalikan, kualiti bahan plastik yang mampu bertahan cuaca persekitaran, boleh digunakan berulang kali, harga lebih murah dan mudah diperolehi. Pada masa ini, teknik ini telah diterima pakai dan digunakan oleh penternak di Malaysia.


Penghasilan silaj menggunakan tong plastik sebagai silo, adalah dengan memadatkan bahan silaj di dalam silo, menggunakan tenaga manusia, dimana seseorang pekerja masuk ke dalam silo dan memijak bahan silaj dengan kakinya supaya padat. Semakin kuat pijakan semakin padat bahan silaj dihasilkan. Biasanya kualiti silaj yang dihasilkan dengan cara ini akan mengalami sedikit kerosakan kerana tenaga pijakan manusia tidak menjamin udara di dalam silo dikeluarkan sepenuhnya (Gambar).

 Memampatkan rumput dalam tong

 Memampat bahan silaj melalui pijakan manusia juga menggunakan banyak tenaga dan aktiviti ini amat meletihkan dan kurang praktikal. Akibatnya kuantiti silaj yang dihasilkan sangat terhad dan kurang berkualiti. Bagi mengatasi masalah memampatkan bahan silaj di dalam tong plastik, JPH telah merekacipta sebuah mesin pemampat mekanikal yang merupakan kombinasi daripada alat pemampat, alat penyedut udara serta tong plastik yang diubahsuai.

Mesin tersebut terdiri daripada alat pemampat yang digerakkan oleh motor elektrik bagi menghasilkan tekanan kepada pam hidrolik. Satu plat dipasang di hujung pam untuk menekan bahan silaj supaya lebih padat. Plat ini boleh ditukar bergantung kepada saiz tong plastik yang digunakan. Lazimnya apabila bahan silaj diisi penuh, ia selalunya akan terkeluar melebihi paras muka tong plastik. Untuk menutup tong plastik dalam keadaan ini, kaedah menggunakan tangan adalah sangat sukar (Gambar). Dengan menggunakan mesin berkenaan bahan silaj boleh diisi dengan kuantiti yang banyak kerana mampatan yang lebih serta menjimatkan jumlah tong yang digunakan dan udara di dalam tong dapat diminimumkan. Selain daripada itu, penutup tong dapat ditutup dengan kemas


Mesin Pemanpatan rumput untuk membuat silaj


dan seterusnya menjamin tiada kebocoran udara agar proses fermentasi silaj berlaku dengan sempurna (Gambar).


Penutupan tong dengan lebih sempurna


Mesin ini juga dilengkapi dengan alat penyedut udara yang direka khusus bagi menyedut udara daripada tong plastik yang diubahsuai dengan memasang injap pada penutup tong.


Mesin pemampat mekanikal berpotensi besar untuk dikomersilkan kerana mempunyai ciri-ciri kecekapan tinggi dimana kerja-kerja menghasilkan silaj menjadi lebih mudah, cepat dan kualiti silaj yang dihasilkan terjamin.


Modus Operandi Mesin Pemampat Mekanikal

Bahan foraj yang dipotong dengan saiz yang sesuai, diisi ke dalam tong plastik dengan menggunakan penyodok (spade). Tong plastik yang hampir penuh ditolak di atas roller conveyor sehingga di bawah plat dan ditekan dengan mengawal suis pam. Dua orang pekerja diperlukan untuk menjalankan kerja ini. Seorang untuk mengawal suis alat pemampat manakala seorang lagi mengisi bahan foraj ke dalam tong plastik. Bahan foraj ditekan dan diisi berulangkali sehingga tong plastik betul-betul penuh. Apabila penuh, penutup tong plastik diletak di atas tong dan ditekan dengan plat kemudian dilklip. Udara lebihan di dalam tong disedut keluar dengan menggunakan alat penyedut udara melalui injap (Gambar )।


Bandela berbungkus (silawrap)

 Silawrap atau bandela berbungkus adalah teknik baru dalam pembuatan silaj. Silaj berbungkus ini boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan mudah sekali jika dibandingkan dengan kaedah-kaedah sebelumnya.


Silaj boleh diperam dengan membungkuskannya. Mesin pembungkus bandela digunakan untuk kaedah ini (Gambar). Walau bagaimanpun, kaedah ini tidak sesuai untuk rumput gajah, jagun/sisa tanaman jagung dan sekoi kerana bahan yang besar dan keras akan mewujudkan rongga dan boleh memecahkan plastik pembungkus.


Sebelum membungkus, mesin pembendela mini digunakan dahulu untuk memungut bahan silaj. Mesin ini akan memungut dan memadatkan rumput serta mengikatnya supaya menjadi bandela yang berbentuk slinder. Bandela ini dikeluarkan dari bahagian depan mesin. Bandela ini kemudiannya disiram dengan molas atau urea sebagai bahan tambah sebelum dibungkus dengan mesin pembungkus. Untuk simpanan yang lama, perlu dipastikan supaya tiada tebukan atau pecahan pada bahagian plastik bungkusan ini. Penggunaan kaedah ini memerlukan kos yang tinggi kerana prosesnya melibatkan beberapa mesin dan peralatan yang lain.

Sunday 17 May 2015

JOM BERTANI: KAILAN

Bak kata pepatah Melayu. "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Berikut saya lampirkan video teknik mudah penanaman kailan. Semoga memberi manfaan kepada anda semua


Tuesday 7 April 2015

PROJEK TINGKATAN 5: TANAMAN KAILAN

Alhamdulillah projek tanaman bayam yang diusahakan oleh pelajar tingkatan 4 sebelum ni telah mendapat hasil yang positif dan menggalakkan. Jadi saya nak teruskan projek tanaman kali ini kepada pelajar tingkatan 5 pulak. Cuma untuk kali ini kami akan menanam sayur kailan Jepun dan Kailan Cina. Berikut adalah gambar aktiviti yang telah kami lakukan pada hari ini (7 April 2015)

Merumput(Mencabut rumpai liar yang tumbuh utk mengelakkan persaingan)

Pemugaran(Menggemburkan tanah menggunakan cangkul dan bajak sikat)

Meratakan tanah menggunakan cakar plastik

Membuat lurah untuk menabur benih sayur

Menabur benih

Benih yang telah ditabur telah ditutup dengan tanah nipis dan disiram air utk memudahkan percambahan. Perkembangan seterusnya akan menyusul. InsyaAllah.

2015: TAHUN YANG MENCABAR

Itulah tajuk yang paling sesuai untuk saya highlightkan dalam post kali ni. Entah betapa banyaknya tugasan seorang guru sekiranya seseorang guru itu bertekad melaksanakan khidmatnya untuk membangunkan anak bangsa. Banyaknya kerja sehinggakan saya sendiri tak sempat nak update blog ni dan nak prepara mengajar pun tak sempat, harapkan experience mengajar je. So sehingga ke hari ini izinkan saya updatekan perkara2 yang telah saya lakukan di SMK Buntong dalam post kali ini

1. Tanaman Bayam
Projek ini adalah usaha bersama Cikgu Ataraiah yang mengajar Sains Pertanian Tingkatan 4. Alhamdulillah telah mendapat tuain hasil.

 


2.Merentas Desa Daerah, Negeri dan Kebangsaan
Alhamdulillah atlet yang dilatih memberikan cabaran yang hebat. Seorang atlet sekolah (Punneyanathan Thevar A/L Ulaganatan) mendapat johan merentas desa kategori L15 tahun peringkat daerah Kinta Utara dan Negeri Perak
Menyampaikan "Running Shoe" sumbangan PIBG kepada Punneyanathan atas kejayaan beliau.

3. Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Kinta Utara
Pasukan olahraga SMK Buntong dinobatkan Pasukan ke-3 terbaik peringkat daerah selepas berjaya memenangi beberapa pingat dalam acara yang telah dipertandingkan.


Pingat Emas
Bil
Acara
Kategori
Nama Peserta
1
1500m
L15
Punneyanathan Thevar A/L Ulaganathan
2
2000m Lari Berhalangan
L15
Punneyanathan Thevar A/L Ulaganathan
3
5000m
Terbuka
Punneyanathan Thevar A/L Ulaganathan
4
400m Lagi Berpagar
P18
Angeline Sasekala A/P Jude Suresh David
5
Lontar Peluru
P18
Wong Tze Nga
6
Baling Tukul Besi
P18
Wong Tze Nga

Pingat Perak
Bil
Acara
Kategori
Nama Peserta
1
Lempar Cakera
P18
Wong Tze Nga
2
10000km Jalan Kaki
L18
Arrunan A/L Asokan
3
2000m Lari Berhalangan
P18
Angeline Sasekala A/P Jude Suresh David
4
Heptalthon
P18
Mehanesan A/L Kumar
5
4x100m
L18
Thenes A/L Guna

4x100m
L18
Vengadeasan A/L Si Lingaswami

4x100m
L18
Ananthavarma A/L Ganesan

4x100m
L18
Alex Khor Woi Cheng

4x100m
L18
Mehanesan A/L Kumar

Pingat Emas
Bil
Acara
Kategori
Nama Peserta
1
5000m Jalan Kaki
P18
Vijayarani A/P Rasahratnam
2
4x400m
L18
Vengadeasan A/L Si Lingaswami

4x400m
L18
Ananthavarma A/L Ganesan

4x400m
L18
Muhammad Faiz Izdiham B. Suhaimi Hamid

4x400m
L18
David Palliah A/L Vathakan

4x400m
L18
Rajeskaana A/L Subramaniam