Assalamualaikum buat semua ahli keluarga Sains Pertanian Malaysia. Kali ini saya ingin berkongsi berkenaan Silaj. Seperti kita semua maklum, Silaj adalah
makanan ternakan ruminan yang terdiri daripada bahan foraj yang
berkelembapan tinggi diantara 35% hingga 75% kandungan air yang
diperolehi melalui proses penapaian dan disimpan dalam keadaan kedap
udara (anaerobik).
Para
penternak digalakkan membentuk satu perancangan terhadap bekalan dan
pengeluaran pastura dan foder berdasarkan keluasan yang ada. Kebanyakan penternak kecil mempunyai keluasan tanah yang terhad untuk membekalkan bahan hijauan secukupnya sepanjang tahun.
Program
penyimpanan foraj ini giat diperkenalkan terutamanya secara silaj
kerana menyedari penternak-penternak masa kini menghadapi masalah untuk
menyediakan rumput yang bermutu dan mencukupi sepanjang tahun. Kekurangan bekalan rumput segar begitu ketara semasa musim kemarau dan musim banjir. Di
kawasan yang dilanda banjir berpanjangan, rumput akan mati dan perlu
ditanam semula yang tentunya akan mengambil masa yang lama. Masalah ini lebih mendesak bagi kawasan-kawasan yang mengalami kedua-dua musim kemarau dan juga banjir.
Program penyimpanan foraj dalam bentuk silaj sangat digalakkan bagi tujuan berikut:
1. Satu cara menyimpan foraj semasa pengeluaran yang berlebihan dengan itu boleh digunakan semasa terdapat kekurangan bekalan.
2. Penggunaan tanah yang lebih efisien.
3. Mengurangkan ragutan dan pemotongan semasa musim kemarau.
4. Membolehkan pemotongan foraj dilakukan semasa had umur yang ditetapkan.
2. Penggunaan tanah yang lebih efisien.
3. Mengurangkan ragutan dan pemotongan semasa musim kemarau.
4. Membolehkan pemotongan foraj dilakukan semasa had umur yang ditetapkan.
Silaj sebagai salah satu sumber bekalan makanan ternakan berkualiti untuk ruminan mempunyai kelebihan berbanding dengan rumput segar dan hay kerana silaj dapat dikeluarkan sepanjang masa, proses pengeluarannya tidak bergantung kepada keadaan cuaca dan dapat dihasilkan daripada berbagai jenis bahan rufaj seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan lain –lain bahan. Silo (bekas simpanan silaj) terdiri daripada berbagai bentuk seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain-lain. Faktor yang penting ialah bekas yang digunakan seharusnya praktikal daripada segi pengendalian dan mesti dalam keadaan kedap udara.
Bentuk silo yang digunakan untuk pembikinan silaj
Prinsip dan keperluan asas membuat silaj
Prinsip utama dalam membuat silaj ialah mempastikan keadaan yang kedap udara dan kandungan karbohidrat larut air yang mencukupi. Keadaan
kedap udara diperolehi dengan memadatkan bahan tanaman dengan segera
bagi mengelakkan berlakunya proses pereputan bahan hijau dan separa
hijau yang memerlukan udara.
Foder
yang mempunyai bahan kering lebih daripada 35% akan menyebabkan keadaan
silaj menjadi kurang mampat dan ini akan menggalakkan pertumbuhan
kulat. Bagi foder yang terlalu lembap (kurang 25%
bahan kering) pula akan menghasilkan silaj yang masam, disamping
kehilangan air dan nutrien yang banyak. Keperluan air ialah 65-75% (25-35% bahan kering). Masa yang sesuai untuk mendapatkan kandungan air pada peratus tertentu bergantung kepada jenis tanaman. Foraj
jagung perlu dipotong semasa berumur 75 hari manakala rumput gajah pula
hendaklah dipotong pada umur tidak melebihi 40 hari.
Kaedah membuat silaj
Foder untuk silaj hendaklah dipotong pendek diantara 3-15 cm supaya mudah dipadatkan. Foder
di dalam silo hendaklah dipadatkan dengan secepat mungkin dalam masa
dua hari selepas dipotong bagi menghindarkan udara daripada
terperangkap. Keadaan ini akan mengurangkan pernafasan sel dan aktiviti enzim. Foder yang telah dipadatkan hendaklah diperam selama sebulan bagi menghasilkan silaj yang baik. Silaj yang baik boleh disimpan bertahun-tahun lamanya jika tidak diganggu.
Bahan
silaj yang mengandungi kurang karbohidrat perlu ditambah dengan asid
bukan organan (sulfurik, hidroklorik, fosforik) atau boleh juga diguna
asid organan (formik, propionik), tetapi bahan-bahan tersebut mahal
adalah mahal. Untuk mengurangkan kos pengeluaran
silaj, ianya boleh dicampur dengan jenis-jenis karbohidrat yang boleh
didapati dengan lebih murah seperti gula merah dan bijirin.
Semasa proses pemeraman perubahan bahan kepada produk tertentu dalam silaj akan berlaku. Secara am, karbohidrat dalam bahan hijau/segar yang diperam ditukarkan menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria anaerobik dengan bantuan haba yang dihasilkan oleh sel tanaman yang masih hidup. Asid-asid
yang dikeluarkan, terutamanya asid laktik akan merendahkan pH dan ini
menyebabkan proses biokimia yang terjadi pada bahan silaj terhenti. Dengan itu, bahan yang diperam akan dapat disimpan dengan baik dan kualiti pemakanannya dapat dikekalkan.
Kenapa silaj diperlukan
Kefahaman mengenai asas keperluan ternakan ruminan terhadap unsur asid lemak beruap (volatile fatty acid) mendorong pengusaha kepada menjalankan aktiviti pembuatan silaj. Tenaga
yang diperlukan oleh ternakan ruminan diperolehi dalam bentuk asid
lemak berwap daripada jenis asid asetik dan propionik dan bukan glukos
seperti ternakan monogastrik. Asid lemak berwap ini digunakan oleh ruminan untuk tumbesaran, penghasilan susu dan lain-lain fungsi metabolik.
Pemeraman silaj
Silaj boleh diperam di dalam silo atau tanpa silo. Silo merupakan struktur kedap udara atau separa kedap udara yang digunakan untuk memeram silaj.
Faktor utama kerosakan silaj adalah disebabkan kehadiran udara di dalam silo. Udara menyebabkan bahan silaj rosak akibat tindakan bakteria aerobik. Bila
kerosakan berlaku, silaj tersebut tidak boleh lagi digunakan sebagai
makanan ternakan kerana tercemar oleh kulat, aromanya tidak enak dan
mendatangkan mudarat kepada ternakan.
Kualiti silaj dapat diukur berdasarkan kepada beberapa parameter. Silaj dianggap rosak bila warna menjadi kehitaman serta berbau tengik. Nilai pH yang rendah menunjukkan tahap fermentasi asid laktid dalam silaj yang baik. Nilai pH antara 3.8 hingga 4.2 adalah silaj yang berkualiti baik manakala pH melebihi 4.5 dianggap kualiti yang kurang baik. Nilai pH melebihi 5 adalah dianggapa rosak।
silaj yang BAIK
Sehingga kini teknik-teknik penghasilan silaj dengan menggunakan tower, stack dan bunker silo tidak menunjukkan kejayaan yang membanggakan dalam situasi di negara ini. Jenis-jenis silo tersebut menghasilkan peratusan silaj rosak yang tinggi. Masalah
utama yang dihadapi ialah cara pemampatan serta sistem penutupan silo
yang tidak sempurna yang menyebabkan keadaan erobik. Disamping itu jenis silo yang digunakan kini tidak boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Bagi mengelakkan udara terperangkap di dalam silo, bahan silaj mesti dipadatkan semasa mengisi ke dalam silo. Bila bahan diisi dengan padat, udara terperangkap berkurangan. Semakin kurang udara terperangkap, semakin baik kualiti silaj yang dihasilkan. Dua jenis silo yang lebih praktik digunakan adalah seperti berikut:-
Tong plastik
Penggunaan tong plastik sebgai silo mula diterima oleh penternak kerana mudah dikendalikan. Tong
plastik adalah yang paling sesuai digunakan berdasarkan saiz dan
beratnya yang mudah dikendalikan, kualiti bahan plastik yang mampu
bertahan cuaca persekitaran, boleh digunakan berulang kali, harga lebih
murah dan mudah diperolehi. Pada masa ini, teknik ini telah diterima pakai dan digunakan oleh penternak di Malaysia.
Penghasilan
silaj menggunakan tong plastik sebagai silo, adalah dengan memadatkan
bahan silaj di dalam silo, menggunakan tenaga manusia, dimana seseorang
pekerja masuk ke dalam silo dan memijak bahan silaj dengan kakinya
supaya padat. Semakin kuat pijakan semakin padat bahan silaj dihasilkan. Biasanya
kualiti silaj yang dihasilkan dengan cara ini akan mengalami sedikit
kerosakan kerana tenaga pijakan manusia tidak menjamin udara di dalam
silo dikeluarkan sepenuhnya (Gambar).
Memampatkan rumput dalam tong
Memampat bahan silaj melalui pijakan manusia juga menggunakan banyak tenaga dan aktiviti ini amat meletihkan dan kurang praktikal. Akibatnya kuantiti silaj yang dihasilkan sangat terhad dan kurang berkualiti. Bagi
mengatasi masalah memampatkan bahan silaj di dalam tong plastik, JPH
telah merekacipta sebuah mesin pemampat mekanikal yang merupakan
kombinasi daripada alat pemampat, alat penyedut udara serta tong plastik
yang diubahsuai.
Mesin Pemanpatan rumput untuk membuat silaj
dan seterusnya menjamin tiada kebocoran udara agar proses fermentasi silaj berlaku dengan sempurna (Gambar).
Penutupan tong dengan lebih sempurna
Mesin
ini juga dilengkapi dengan alat penyedut udara yang direka khusus bagi
menyedut udara daripada tong plastik yang diubahsuai dengan memasang
injap pada penutup tong.
Mesin
pemampat mekanikal berpotensi besar untuk dikomersilkan kerana
mempunyai ciri-ciri kecekapan tinggi dimana kerja-kerja menghasilkan
silaj menjadi lebih mudah, cepat dan kualiti silaj yang dihasilkan
terjamin.
Modus Operandi Mesin Pemampat Mekanikal
Bahan foraj yang dipotong dengan saiz yang sesuai, diisi ke dalam tong plastik dengan menggunakan penyodok (spade). Tong plastik yang hampir penuh ditolak di atas roller conveyor sehingga di bawah plat dan ditekan dengan mengawal suis pam. Dua orang pekerja diperlukan untuk menjalankan kerja ini. Seorang untuk mengawal suis alat pemampat manakala seorang lagi mengisi bahan foraj ke dalam tong plastik. Bahan foraj ditekan dan diisi berulangkali sehingga tong plastik betul-betul penuh. Apabila penuh, penutup tong plastik diletak di atas tong dan ditekan dengan plat kemudian dilklip. Udara lebihan di dalam tong disedut keluar dengan menggunakan alat penyedut udara melalui injap (Gambar )।
Bandela berbungkus (silawrap)
Silawrap atau bandela berbungkus adalah teknik baru dalam pembuatan silaj. Silaj
berbungkus ini boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain
dengan mudah sekali jika dibandingkan dengan kaedah-kaedah sebelumnya.
Silaj boleh diperam dengan membungkuskannya. Mesin pembungkus bandela digunakan untuk kaedah ini (Gambar). Walau
bagaimanpun, kaedah ini tidak sesuai untuk rumput gajah, jagun/sisa
tanaman jagung dan sekoi kerana bahan yang besar dan keras akan
mewujudkan rongga dan boleh memecahkan plastik pembungkus.
Sebelum membungkus, mesin pembendela mini digunakan dahulu untuk memungut bahan silaj. Mesin ini akan memungut dan memadatkan rumput serta mengikatnya supaya menjadi bandela yang berbentuk slinder. Bandela ini dikeluarkan dari bahagian depan mesin. Bandela ini kemudiannya disiram dengan molas atau urea sebagai bahan tambah sebelum dibungkus dengan mesin pembungkus. Untuk simpanan yang lama, perlu dipastikan supaya tiada tebukan atau pecahan pada bahagian plastik bungkusan ini. Penggunaan kaedah ini memerlukan kos yang tinggi kerana prosesnya melibatkan beberapa mesin dan peralatan yang lain.
Sumber: http://puspatani.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment