Thursday 27 November 2014

2 DISEMBER: THE JUDGEMENT DAY

Hari peperiksaan sains pertanian sudah hampir. Apakah sasaran anda? Apakah keputusan yang anda inginkan? Jangan berputus asa nak didikku. Allah hanya akan menolong mereka yang berusaha dan bertawakkal kepadNya.



"Kejayaan Hanyalah Untuk Mereka Yang Berusaha".

Fight oh!!!. Hiarghhh!!!!

Sunday 23 November 2014

MINI TILLER SUDAH ROSAK!!!!

Saya dapat tahu bahawa rakan sekerja daya yang grad dari UPSI ada kemahiran membuat penanaman jagung. Jadi saya membuat keputusan untuk menggunakan mesin mini tiller yang dah lama bertapa dalam stor bengkel. Malangnya sebelah tayarnya dah reput. Kena ganti tayar baru.

 Tayar telah dibuang

 Ni mungkin jenama mesin ni

Maklumat yang ada pada mesin

Untuk makluman kepada mereka yang tidak tahu, mesin ini sangat sesuai untuk menguruskan batas tanaman. Jadi saya nak gunakannya utk penanaman jagung.

Kalau ada sape2 yang tahu mane nak dapatkan alat ganti utk tayar mesin ini silalah hubungi saya. 019-4492001 (Cikgu Najib)

Thursday 20 November 2014

PROJEK TANAMAN SAYUR BENGKEL PERTANIAN SMK BUNTONG(EPISOD 4)

Assalamu'alaikum kepada pada pembaca blog ini. Setelah beberapa minggu saya terpaksa menangguhkan projek pertanian saya kerana kesibukan menguruskan tanggungjawab PT3 dan setiausaha kokurikulum. Namun semalam(20 November 2014), saya berjaya meneruskan sedikit projek saya dengan mencuri sedikit masa yang ada dan mendapatkan bantuan 5 orang pelajar tingkatan 3. Alhamdulillah dibawah adalah gambar perjalanan terbaharu projek sains pertanian sekolah saya.

Mengambil tanah. Ni kerja yang paling meletihkan. Huh

 Memasukkan tanah ke dalam petak tanaman

 Petak tanah telah dimasukkan dengan tanah hitam utk meningkatkan kesuburan

Menikmati makanan selepas selesai melakukan kerja.(Kopak poket belanje deme makan. Huhuhu)

Maka selesailah sudah fasa persediaan untuk tanaman bengkel pertanian SMK Buntong. Selepas ini kami akan masuk ke fasa pelaksanaan tanaman pertanian seawal bulan Januari. Sebelum saya menamatkan tulisan ini, saya ingin mengambil kesampatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar yang banyak membantu. Saya tak mampu melakukannya tanpa bantuan dari kalian.Ni antara nama pelajar yang menbantu saya.
1. David
2. Arunan
3. Yugendran
4. Fahmi
5. Has Rizal



Sunday 2 November 2014

RAMALAN KERTAS 2: BAHAGIAN C(SOALAN AMALI)


Berikut adalah beberapa tajuk yang dijangka akan keluar dalam bahagian C.
Saya mencadangkan para pelajar menghafal sekurang-kurangnya 4 amali dalam makmal dan 2 eksperimen luar makmal.
  1. Eksperimen menentukan tekstur tanah secara kaedah mendapan
  2. Eksperimen menentukan pH tanah menggunakan kaedah meter pH
  3. Eksperimen pH tanah menggunakan kaedah penunjuk universal/kuhn
  4. Melakukan pembiakkan tut
  5. Eksperimen kesan kalsium karbida ke atas kemasakan buah
  6. Memasang & menyenggara sistem pengairan titisan/percikan/
  7. Hidroponik
  8. Menghasilkan makanan secara penapaian
Amali penentuan pH tanah , pembiakan kaedah tut dan kalsium karbida dah lama tidak keluar. Utamakan yang 3 tajuk ini dahulu.

P/S: Terima kasih Cikgu Rosli dan Cikgu Anuar  atas perkongsian maklumat.

SPM: SEMOGA BERJAYA SEMUA ANAK DIDIKKU

Esok tanggal 3 Oktober 2014, maka bermulalah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Saya sebagai guru yang dipertanggungjawabkan mengajar subjek Sains Pertanian ini mendoakan kejayaan semua pelajar SPM yang mengambil aliran Sains Pertanian khususnya. 

Wahai anak-anak muridku berusahalah bersungguh-sungguh kerana kejayaan itu tidak datang kepada kita. Kita sebdiri yang perlu mengejarnya. Jangan cepat berputus asa, gandakan usaha anda dan cuba sedaya upaya untuk menguasai tajuk-tajuk yang belum difahami.

Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:-

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri"                                                                                                           -Ar-ra'd : 11-

Sedikit perkongsian saya kepada anak didik sekalian, giatkan ulangkaji secara berkumpulan pada ketika ini. Jangan sekali-kali anda membuat latihan keseorangan. Dengan kaedah ini, ia lebih berkesan. Kaedah ini lah yang saya telah gunakan ketika menghadapi SPM 2003 di zaman persekolahan dulu. Hasilnya saya mampu pencapai A+ dalam subjek yang tidak pernah saya dapat A. Semoga berjaya!!!!!!


"Kejayaan hanyalah untuk orang yang berusaha"

Wednesday 15 October 2014

PROJEK TANAMAN SAYUR BENGKEL PERTANIAN SMK BUNTONG(EPISOD 3)

Hari ini (15 Oktober 2014) adalah hari ke 3 perjalanan projek tanaman sayur bengkel pertanian SMK Buntong. Terdapat sedikit perkembangan. Jom kita lihat hasilnya setakat ini.(Gambar ini diambil dari android Samsung Grand Quatro, hadiah dari isteri tersayang. Hehehe)

 Petak 4 dan 5 dalam proses pembinaan

 Semua petak dah selesai dibina menjelang asar. Alhamdulillah!!!!


Sekarang petak dah selesai dibina. Saya agak bernasib baik kali ni kerana kontraktor yang dilantik, Haji Saad dari Kg. Dato' Ahmad Said, Manjoi memaklumkan bahawa dia boleh dapatkan tanah dari kawasan tapak pembuangan sampah sarap. Tanah tersebut agak subur. Mungkin dalam beberapa hari nanti petak2 ini akan diisi tengan tanah tersebut.

Untuk makluman para pembaca sekalian, paip yang menyalurkan bekalan air ke bengkel ini telah rosak, jadi saya memutuskan untuk membina 2 tangki takungan air hujan di bahagian tepi bengkel seperti dibawah. Maka langkah kita yang seterusnya sekarang ialah menyediakan sumber air.

Bahagian tepi bengkel pertanian(Nampak tak buah nangka tu?)

 Tangki perlu diukur terlebih dahulu untuk menyediakan tapak tangki

Tangki kecil untuk takungan yang kedua

Sunday 12 October 2014

PROJEK TANAMAN SAYUR BENGKEL PERTANIAN SMK BUNTONG(EPISOD 2)

Di sini, saya lampirkan gambar perkembangan projel pertanian saya yang tak seberapa ni. Hehe. Takpe, kita mula yang kecik2 dulu. InsyaAllah kalau yang ni berjaya kita pulun projek besar plak. Kredit kepada Cikgu Sharifuddin dari Kinta Selatan atas perkongsian ilmu sebelum ni.

 Fikir atas iman. Hmmmm.............

 
Ape la nak buat ngan tangki ni ye? 

Tanah hitam yang telah di tempah untuk medium penanaman sayur

 Projek bermula: Mengukur tapak projek


 Ukuran mesti tepat untuk mengelakkan kesilapan kekal

Menyusun bata tanah untuk set petak tanaman sayur

Gambar terakhir

InsyaAllah gambar terbaru akan menyusul dalam episod akan datang. Tak sabor2 nak siapkan projek dah ni. Hehehe.

PROJEK TANAMAN SAYUR BENGKEL PERTANIAN SMK BUNTONG(EPISOD 1)

Untuk posting kali ini ingin saya berkongsi sedikit tentang praktikaliti menjalankan pertanian di sekolah. Jangan anda sangka bahawa melakukan sebarang perusahaan pertanian itu mudah. Ia memerlukan perancangan yang teliti serta komitmen yang tinggi. Jadi proses memulakan pertanian ini sekiranya kita merujuk kepada silibus sains pertanian tingkatan 5, ia terbahagi kepada beberapa fasa iaitu:

FASA 1: Perancangan Untuk Memulakan Ladang
Dalam fasa ini, anda perlu menyediakan belanjawan dan menyenaraikan semua perkara yang hendak dilakukan. Maka secara ringkasnya, saya sediakan sebuah kertas kerja yang mengandungi semua perkara yang bekaitan. Antaranya, objektif, lokasi, jawatankuasa, pelan susunatur ladang dan belanjawan.



FASA 2: Rancangan Operasi Ladang
Berdasarkan silibus sains pertanian tingkatan 5, kita perlu merangka 2 perkata untuk fasa ini.
1. Pelan susunatur ladang
2. Jadual kerja

Semua perkara diatas boleh dimasukkan dalam kertas kerja projek anda.


FASA 3: Pelaksanaan Operasi Ladang
Fasa1 dan Fasa 2 lebih kepada merancang secara teori tetapi untuk fasa ini telah bermulalah kerja kita yang lebih berat lagi. Perlu diingatkan behawa dalam fasa ini sekiranya kita sebagai pengurus projek tidak ada komitmen dan kreativiti, kebarangkalian projek ini akan berhenti ditengah jalan. Maka, kita akan gagal.

So, what we need to do is to stick to this plan. Apakah "plan" itu? Maka rujuk la buku sains pertanian tingkatan 5 tuuuu..... Antaranya:-
1. Tanah
Untuk situasi sekolah, selalunya kawasan dah ada, jadi anda perlu kenalpasti ape perlu dibuat. Bab kita    bincang dalam fasa yang berikut.


2. Modal
Utuk isu modal pulak anda pastikan telah merujuk dengan kerani sekolah berapa duit PCG yang tinggal.    Anda boleh berbincang dengan guru lain dan kontraktor yang akan dilantik membantu anda untuk kos keseluruhan.

3. Pekerja.
Saya menyarankan agar anda mendapatkan khidmat kontraktor. Kenapa? Ini kerana kerja anda akan    menjadi lebih mudah. Kontraktor binaan selalunya lebih pakar dalam menjayaan projek ini. Namun    sekiranya anda ingin menjimatkan kos, anda buleh buat sendiri namun anda akan terdedah dengan    kesilapan.

4. Pengurusan
Maka sekarang ini andalah pengurusnya, cari sedikit masa untuk memantau hasil kerja buruh yang dilantik. Pemantauan oleh pengurusan penting untuk mengelakkan kesilapan kerja.

Untuk episod seterusnya, saya akan share hasil projek saya dengan anda dari semasa ke semasa. Semoga Berjaya!!!!!!

Monday 11 August 2014

AMALI PENENTUAN TEKSTUR TANAH KAEDAH MENDAPAN

Pada minggu lepas, saya telah membantu guru baru Sains Pertanian dari UPSI iaitu Cikgu Efasha menjalankan amali penentuan tekstur tanah menggunakan kaedah mendapan.Di sini saya lampirkan beberapa gambar yang sempat saya ambil. Tahniah Cikgu Efasha. Teruskan usaha anda mendidik pelajar.

 Pelajar bersedia dengan bahan dan radas

Pelajar memasukkan tanah dengan berhati-hati

Sampel tanah telah dimasukkan separuh penuh

Goncangkan campuran air dan tanah dengan sekata. Ni kalau tak berhati-hati habis baju kotor. Nasib baik cikgu duk jauh sket. Hehe

Campuran yang telah selesai digoncangakan dan ditinggalkan semalaman.

Sampel tanah tersebut pada kelas yang seterusnya akan diukur ketinggian lapisan tanah dan di tukarkan dalam bentuk peratus untuk ditentukan teksturnya menggunakan carta segitira atteberg diatas.

Yang ni 3 lapisan terbentuk.

Satu lapisan je? Macam mane nak kire? Tanya guru anda..

 Yang ni pulak 2 lapisan tanah. Hmmmmm... Fikirkan......


Saturday 26 July 2014

"PERTANIAN SEBAGAI PROFESION MASA HADAPAN". BUKA MINDA ANDA



Masih terdapat segelintir kita yang beranggapan bidang pertanian tidak akan memberikan kelebihan kepada mereka. Namun perlu diingat apa yang anda gunakan sepanjang hidup anda berasal dari bidang pertanian. Dari mana datangnya makanan kalau bukan dari pertanian, tiada baju yang kita pakai sekarang sekiranya tiada orang yang mengusahakan ladang kapas. Fikir-fikirkan.

Manusia semakin ramai dan pada masa yang sama permintaan terhadap makanan dan keperluan harian akan meningkat. Jadi inilah peluang anda semua dalam bidang pertanian. Apa yang anda perlukan ialah komitmen dan kesungguhan dalam melakukannya. "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".

Maka, apakah tugas anda sebagai pelajar pertanian? Tanamkan minat, jadikan mata pelajaran pertanian sebagai satu kelebihan untuk anda. Terokai badang pertanian dan bertanyakan kepada guru apakah peluang anda. Dapatkan khidmat nasihat mereka. Kejayaan menanti anda!!!!!!

Monday 14 April 2014

AMALI BEDAH SIASAT SISTEM PENCERNAAN BUKAN RUMINAN

Minggu lepas kami baru sahaja selesai menjalankan bedah siasat ke atas ayam untuk melihat sistem pencernaan bukan ruminan. Walaupun ramai yang hampir termuntah sebab terhidu bau busuk perut ayam tetapi ia akan menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan buat semua pelajar yang terlibat. Tahniah :-)



Bahan eksperimen


Peralatan Eksperimen


Memulakan eksperimen


Membuang kulit di dada ayam


Ayam yang telah dibuka kulit dadanya


Memotong dada ayam


Dada ayam yang telah dibuang


Ayam yang telah dibuang dadanya


Mengaluarkan organ pencernaan


Pelajar mengeluarkan organ pencernaan ayam


Organ ayam yang telah di leraikan dan diperhatikan


Ayam yang telah dibuang organ pencernaan dan dadanya. Eksperimen selesai.