Untuk posting kali ini ingin saya berkongsi sedikit tentang praktikaliti menjalankan pertanian di sekolah. Jangan anda sangka bahawa melakukan sebarang perusahaan pertanian itu mudah. Ia memerlukan perancangan yang teliti serta komitmen yang tinggi. Jadi proses memulakan pertanian ini sekiranya kita merujuk kepada silibus sains pertanian tingkatan 5, ia terbahagi kepada beberapa fasa iaitu:
FASA 1: Perancangan Untuk Memulakan Ladang
Dalam fasa ini, anda perlu menyediakan belanjawan dan menyenaraikan semua perkara yang hendak dilakukan. Maka secara ringkasnya, saya sediakan sebuah kertas kerja yang mengandungi semua perkara yang bekaitan. Antaranya, objektif, lokasi, jawatankuasa, pelan susunatur ladang dan belanjawan.
FASA 2: Rancangan Operasi Ladang
Berdasarkan silibus sains pertanian tingkatan 5, kita perlu merangka 2 perkata untuk fasa ini.
1. Pelan susunatur ladang
2. Jadual kerja
Semua perkara diatas boleh dimasukkan dalam kertas kerja projek anda.
FASA 3: Pelaksanaan Operasi Ladang
Fasa1 dan Fasa 2 lebih kepada merancang secara teori tetapi untuk fasa ini telah bermulalah kerja kita yang lebih berat lagi. Perlu diingatkan behawa dalam fasa ini sekiranya kita sebagai pengurus projek tidak ada komitmen dan kreativiti, kebarangkalian projek ini akan berhenti ditengah jalan. Maka, kita akan gagal.
So, what we need to do is to stick to this plan. Apakah "plan" itu? Maka rujuk la buku sains pertanian tingkatan 5 tuuuu..... Antaranya:-
1. Tanah
Untuk situasi sekolah, selalunya kawasan dah ada, jadi anda perlu kenalpasti ape perlu dibuat. Bab kita bincang dalam fasa yang berikut.
2. Modal
Utuk isu modal pulak anda pastikan telah merujuk dengan kerani sekolah berapa duit PCG yang tinggal. Anda boleh berbincang dengan guru lain dan kontraktor yang akan dilantik membantu anda untuk kos keseluruhan.
3. Pekerja.
Saya menyarankan agar anda mendapatkan khidmat kontraktor. Kenapa? Ini kerana kerja anda akan menjadi lebih mudah. Kontraktor binaan selalunya lebih pakar dalam menjayaan projek ini. Namun sekiranya anda ingin menjimatkan kos, anda buleh buat sendiri namun anda akan terdedah dengan kesilapan.
4. Pengurusan
Maka sekarang ini andalah pengurusnya, cari sedikit masa untuk memantau hasil kerja buruh yang dilantik. Pemantauan oleh pengurusan penting untuk mengelakkan kesilapan kerja.
Untuk episod seterusnya, saya akan share hasil projek saya dengan anda dari semasa ke semasa. Semoga Berjaya!!!!!!
No comments:
Post a Comment