Wednesday 25 July 2012

KISAH KEJAYAAN PELAJAR PERTANIAN

Assalamualaikum. Masih ingat tak kalian semua tentang seorang saudara cikgu yang jadi Manager Ladang Strawberi kat Cameron Highland?
Inilah dia Tuan Manager Ladang Strawberi.(Berbaju Hijau)

Pelajar-pelajar sekalian. untuk posting kali ini cikgu ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi sedikit tentang kerjaya seorang saudara cikgu yang menjadi Manager di ladang strawberi.

Namanya Iwan. Setelah tamat SPM, beliau menyambungkan pelajarannya di institut Pertanian Jabatan Pertanian Malaysia di Kuala Lipis. Walaupun di peringkat sijil je, korang semua jangan pandang rendah. Beliau memaklumkan kepada cikgu maklumat seperti berikut:-
1. Belajar di institut pertanian 2 tahun jer!!!!!!
2. Sebaik sahaja tamat belajar terus diambil kerja.(Banyak ladang sekarang perlukan manager tempatan untuk kawal pekerja-pekerja asing yang menjadi buruh di ladang)
3. Gaji: RM1700, diberi rumah dan 2 buah kereta(jeep dan proton arena termasuk minyak)
4. Kalau kire balik pendapatannya boleh mencecah RM2500 sebab rumah, kereta dan minyak dah dicover oleh pemilik ladang.(Jadi cikgu susah-susah pun dapat RM2500 jugak tapi nak kena bayar kete, bini, dan macam-macam lagi.....)

Apalagi pelajar-pelajar sekalian, jangan ingat belajar sains pertanian ni lekeh je. Ambillah peluang ini. Bukalah pemikiran, luaskan pemandangan. Kalau berusaha, insyaAllah ada kejayaan.

 Haha.... Korang jangan jeles yer. Ladang ni Pakcik Cikgu yang punyer. Hehehe....

KLIK DI SINI UNTUK MENGETAHUI MAKLUMAT TENTANG
LALUAN KERJAYA MELALUI INSTITUT PERTANIAN MALAYSIA