Tuesday, 18 December 2012

Alhamdulillah........

Setinggi - tinggi kesyukuran kahadrat Ilahi kerana saya diberi peluang sekali lagi untuk mengajar Sains Pertanian pada tahun 2013. Saya masih ingat lagi semasa kali pertama menggalas tugas sebagai guru sains pertanian yang menggantikan kekosongan selama 2 tahun panitia ini. Ketika itu, saya bermula dengan kosong. Fail panitia, pbs, dan rujukan semuanya tiada.Paling menyedihkan pada tahun lepas sains pertanian mencatatkan penurunan yang paling ketara berbanding subjek lain.

Kali ini saya berazam untuk melakukan yang terbaik. InsyaAllah semua pelajar saya akan lulus dan 2 orang akan mendapat A nanti. InsyaAllah.