Wednesday, 15 October 2014

PROJEK TANAMAN SAYUR BENGKEL PERTANIAN SMK BUNTONG(EPISOD 3)

Hari ini (15 Oktober 2014) adalah hari ke 3 perjalanan projek tanaman sayur bengkel pertanian SMK Buntong. Terdapat sedikit perkembangan. Jom kita lihat hasilnya setakat ini.(Gambar ini diambil dari android Samsung Grand Quatro, hadiah dari isteri tersayang. Hehehe)

 Petak 4 dan 5 dalam proses pembinaan

 Semua petak dah selesai dibina menjelang asar. Alhamdulillah!!!!


Sekarang petak dah selesai dibina. Saya agak bernasib baik kali ni kerana kontraktor yang dilantik, Haji Saad dari Kg. Dato' Ahmad Said, Manjoi memaklumkan bahawa dia boleh dapatkan tanah dari kawasan tapak pembuangan sampah sarap. Tanah tersebut agak subur. Mungkin dalam beberapa hari nanti petak2 ini akan diisi tengan tanah tersebut.

Untuk makluman para pembaca sekalian, paip yang menyalurkan bekalan air ke bengkel ini telah rosak, jadi saya memutuskan untuk membina 2 tangki takungan air hujan di bahagian tepi bengkel seperti dibawah. Maka langkah kita yang seterusnya sekarang ialah menyediakan sumber air.

Bahagian tepi bengkel pertanian(Nampak tak buah nangka tu?)

 Tangki perlu diukur terlebih dahulu untuk menyediakan tapak tangki

Tangki kecil untuk takungan yang kedua

Sunday, 12 October 2014

PROJEK TANAMAN SAYUR BENGKEL PERTANIAN SMK BUNTONG(EPISOD 2)

Di sini, saya lampirkan gambar perkembangan projel pertanian saya yang tak seberapa ni. Hehe. Takpe, kita mula yang kecik2 dulu. InsyaAllah kalau yang ni berjaya kita pulun projek besar plak. Kredit kepada Cikgu Sharifuddin dari Kinta Selatan atas perkongsian ilmu sebelum ni.

 Fikir atas iman. Hmmmm.............

 
Ape la nak buat ngan tangki ni ye? 

Tanah hitam yang telah di tempah untuk medium penanaman sayur

 Projek bermula: Mengukur tapak projek


 Ukuran mesti tepat untuk mengelakkan kesilapan kekal

Menyusun bata tanah untuk set petak tanaman sayur

Gambar terakhir

InsyaAllah gambar terbaru akan menyusul dalam episod akan datang. Tak sabor2 nak siapkan projek dah ni. Hehehe.

PROJEK TANAMAN SAYUR BENGKEL PERTANIAN SMK BUNTONG(EPISOD 1)

Untuk posting kali ini ingin saya berkongsi sedikit tentang praktikaliti menjalankan pertanian di sekolah. Jangan anda sangka bahawa melakukan sebarang perusahaan pertanian itu mudah. Ia memerlukan perancangan yang teliti serta komitmen yang tinggi. Jadi proses memulakan pertanian ini sekiranya kita merujuk kepada silibus sains pertanian tingkatan 5, ia terbahagi kepada beberapa fasa iaitu:

FASA 1: Perancangan Untuk Memulakan Ladang
Dalam fasa ini, anda perlu menyediakan belanjawan dan menyenaraikan semua perkara yang hendak dilakukan. Maka secara ringkasnya, saya sediakan sebuah kertas kerja yang mengandungi semua perkara yang bekaitan. Antaranya, objektif, lokasi, jawatankuasa, pelan susunatur ladang dan belanjawan.



FASA 2: Rancangan Operasi Ladang
Berdasarkan silibus sains pertanian tingkatan 5, kita perlu merangka 2 perkata untuk fasa ini.
1. Pelan susunatur ladang
2. Jadual kerja

Semua perkara diatas boleh dimasukkan dalam kertas kerja projek anda.


FASA 3: Pelaksanaan Operasi Ladang
Fasa1 dan Fasa 2 lebih kepada merancang secara teori tetapi untuk fasa ini telah bermulalah kerja kita yang lebih berat lagi. Perlu diingatkan behawa dalam fasa ini sekiranya kita sebagai pengurus projek tidak ada komitmen dan kreativiti, kebarangkalian projek ini akan berhenti ditengah jalan. Maka, kita akan gagal.

So, what we need to do is to stick to this plan. Apakah "plan" itu? Maka rujuk la buku sains pertanian tingkatan 5 tuuuu..... Antaranya:-
1. Tanah
Untuk situasi sekolah, selalunya kawasan dah ada, jadi anda perlu kenalpasti ape perlu dibuat. Bab kita    bincang dalam fasa yang berikut.


2. Modal
Utuk isu modal pulak anda pastikan telah merujuk dengan kerani sekolah berapa duit PCG yang tinggal.    Anda boleh berbincang dengan guru lain dan kontraktor yang akan dilantik membantu anda untuk kos keseluruhan.

3. Pekerja.
Saya menyarankan agar anda mendapatkan khidmat kontraktor. Kenapa? Ini kerana kerja anda akan    menjadi lebih mudah. Kontraktor binaan selalunya lebih pakar dalam menjayaan projek ini. Namun    sekiranya anda ingin menjimatkan kos, anda buleh buat sendiri namun anda akan terdedah dengan    kesilapan.

4. Pengurusan
Maka sekarang ini andalah pengurusnya, cari sedikit masa untuk memantau hasil kerja buruh yang dilantik. Pemantauan oleh pengurusan penting untuk mengelakkan kesilapan kerja.

Untuk episod seterusnya, saya akan share hasil projek saya dengan anda dari semasa ke semasa. Semoga Berjaya!!!!!!